Bagaimana jika nama pada akaun PayPal dan akaun bank saya berbeza?
Nama yang didaftarkan pada akaun PayPal anda mesti sepadan dengan nama yang didaftarkan pada akaun bank anda. Setiap kali anda membuat permintaan pindahan, PayPal secara automatik menyertakan nama berdaftar anda dengan maklumat bank anda.
Bagi pelanggan PayPal yang mempunyai akaun perniagaan, nama perniagaan dipadankan secara automatik dengan maklumat bank yang ditambahkan pada akaun tersebut.
Jika nama pada akaun bank anda berbeza dalam apa jua cara, anda mungkin perlu menghubungi bank anda untuk mengesahkan keperluan mereka untuk berjaya menyelesaikan pemindahan dana elektronik.
Jika bank anda memerlukan nama pada permintaan pindahan dana mesti sepadan dengan nama pada akaun bank anda, anda mungkin perlu mengemas kini nama akaun bank anda untuk meneruskan. PayPal tidak bertanggungjawab untuk maklumat bank yang salah yang diberikan oleh pelanggannya.
Untuk meminta pertukaran nama pada akaun PayPal anda:
- Pergi ke Tetapan.
-
Klik Edit di sebelah "Nama".
-
Ikuti langkah yang disediakan.