Bagaimanakah saya boleh melepaskan bayaran saya yang ditahan?
Log masuk ke akaun anda dan klik Ketahui pilihan anda di bawah baki PayPal anda untuk melihat sama ada anda boleh membantu melepaskan bayaran anda yang ditahan.
Anda mungkin boleh melepaskan bayaran yang layak dengan mengikuti salah satu langkah di bawah:
- Tambah Penjejakan. Gunakan salah satu pembekal penghantaran kami yang diluluskan dan kami akan melepaskan tahanan kira-kira 24 jam selepas kurier mengesahkan penghantaran ke alamat pembeli.
- Kemas kini status pesanan jika bayaran yang ditahan adalah untuk perkhidmatan atau item tak ketara (contohnya, kelas piano, e-buku). Kami akan melepaskan tahanan 7 hari selepas anda mengesahkan status pesanan sebagai Selesai.
Dalam kes yang jarang berlaku, selepas langkah ini selesai, kami mungkin perlu menahan bayaran sehingga 21 hari. Sebagai contoh, keadaan ini boleh berlaku jika kami melihat perubahan yang luar biasa dalam corak jualan anda.
Untuk menambah maklumat penjejakan atau mengemas kini status pesanan:
- Pergi ke Aktiviti anda.
- Cari pembelian yang anda ingin kemas kini dan klik Dapatkan dana anda. Jika anda menjual produk, pilih "Produk" untuk menambah maklumat penjejakan atau mencetak label penghantaran. Jika anda menjual item atau perkhidmatan yang tak ketara, pilih "Perkhidmatan atau produk maya" untuk mengemas kini status pesanan. Anda boleh mengemas kini status pesanan kepada Selesai, Belum Selesai atau Dibatalkan.
- Klik Hantar.