Bagaimanakah saya boleh menghantar permintaan bayaran?

Anda boleh menghantar Permintaan Wang kepada sesiapa sahaja yang mempunyai alamat e-mel. Apabila Permintaan Wang dibayar, bayaran ditambah kepada baki PayPal anda.

Berikut’ialah cara untuk menghantar Permintaan Bayaran:

  1. Log masuk ke akaun PayPal anda.
  2. Klik Hantar & Permintaan berhampiran bahagian atas halaman.
  3. Klik tab Permintaan di bahagian atas.
  4. Masukkan nama, alamat e-mel atau nombor telefon bimbit dan klik Seterusnya.
  5. Masukkan amaun dan pilih mata wang.
  6. Pilih jenis permintaan.
  7. Masukkan nota (pilihan.)
  8. Semak permintaan anda dan klik Minta Sekarang.

Petua:

  • Kami menghantar e-mel kepada penerima Permintaan Wang anda.
  • Kami menghantar e-mel kepada anda apabila Permintaan Wang dibayar.

Berikut ialah cara untuk meminta bayaran menggunakan apl PayPal telefon mudah alih anda:

  1. KetikBayaran, kemudian Dapatkan bayaran.
  2. Masukkan nama, alamat  e-mel atau nombor telefon mudah alih orang yang anda minta bayaran.
  3. Masukkan amaun yang anda minta.
  4. Ketik Seterusnya.
  5. Ketik Minta Sekarang untuk melengkapkan permintaan.
 

 

 

Lebih banyak cara kami boleh membantu

Kami akan menggunakan kuki untuk memperbaiki dan menyesuaikan pengalaman anda jika anda terus melayari. Adakah OK jika kami juga menggunakan kuki untuk menunjukkan iklan yang diperibadikan kepada anda? Ketahui lebih lanjut dan uruskan kuki anda